I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 28, 2008

Bermulanya Semester 2, Sesi 2008/2009..

Tak sampai dua hari lagi,ana akan kembali ke kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan untuk menambah ilmu di dada.. Pejam celik, pejam celik..tak sedar yang ana akan melangkah ke semester 4.. Rasa macam baru je daftar jadi pelajar baru jurusan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.. Rasa macam baru semalam ana menghabiskan sesi haluan siswa di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.. Cepat benar masa berjalan.. Masa yang berlalu tak akan kembali lagi..

Kini, hati ini merasa sedih untuk meninggalkan kampung halamanku.. Begitu tenang rasanye bila menghirup udara segar di kampung.. tetapi, diri ini pasrah.. pengorbanan perlu dilakukan demi mengejar segulung ijazah.. InsyaAllah.. "Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini.. Berikan lah ketenangan jiwa kepadaku..jadikanlah diri ini seorang hamba yang bersyukur atas segala nikmat-Mu.. Janganlah Kau pesongkan hati ini, supaya niatku untuk mencari ilmu adalah kerana-Mu semata-mata.. Jauhkan lah aku dari sikap alpa dan leka dengan nikmat dunia.. Jadikanlah aku insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..InsyaAllah.."

Perjalananku masih jauh..terlalu banyak onak dan duri yang perlu kutempuh..diiringi keyakinan terhadap rahmat dan pertolongan dari Allah serta doa dan harapan kedua ibu bapa, InsyaAllah..
akan ku teruskan jua usaha demi sebuah perjuangan..Islam pasti gemilang!!!..

Semoga dengan bermulanya semester baru ini, akan membuatkan diri ana lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk membina azam baru dan merealisasikannya menjadi kenyataan.. InsyaAllah..Buat teman-teman seperjuangan walau di mana anda berada, teruskan usaha anda dan bertawakkal lah kepada Allah..

Sunday, December 7, 2008

Manisnya Iman

Rasulullah SAW bersabda:

Manisnya iman tidak akan merasuk ke dalam hati seseorang hingga dia mahu meninggalkan sebahagian ucapan kerana takut dusta, meskipun dia itu jujur; dan mahu meninggalkan sebahagian sanggahan meskipun dia itu benar.(HR Dailami)

Barangsiapa benar-benar bersabar dalam menghadapi masalah yang amat sulit, nescaya Allah akan menempatkannya di syurga Firdaus dan di dalamnya dia boleh memilih tempat di mana saja yang disukainya(HR Abu Syaikh)

Siapa yang tergiur memenuhi syahwatnya (yang haram) namun dia mampu untuk menolaknya dan lebih mengutamakan penolakannya daripada memenuhi keinginan dirinya, maka dosa-dosanya diampuni(HR Daraquthni)

Tidaklah seorang hamba mengucapkan suatu ucapan yang maksudnya hanya untuk membuat orang lain tertawa, melainkan sungguh dia telah jatuh ke dalam jurang yang ukuran dalamnya lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi; dan sungguh dia tergelincir kerana olah lisannya yang kadarnya lebih parah daripada ketergelinciran kedua kakinya(HR Kharaithi)

Diam adalah akhlaq yang terbaik, barangsiapa suka humor, tentu dia akan dihinakan(HR Dailami)

Ada enam faktor yang boleh menghapus amal kebaikan: iaitu suka memerhatikan atau membicarakan aib orang lain, hati yang keras beku (tidak mahu menerima nasihat orang lain), cinta keduniaan, kurang memiliki rasa malu, panjang angan-angan, dan senantiasa berbuat zalim (kepada orang lain)(HR Dailami)

Wednesday, December 3, 2008

Nukilan Rasa..Syukran Dan Penghargaan

Assalamualaikum WBT...

Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah SWT yang mencipta,memiliki dan mentadbir alam ini di atas limpah rahmat-Nya memberikan hamba yang lemah ini kesihatan dan kesejahteraan hidup untuk meneruskan liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini..Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang memimpin manusia ke jalan yang benar..

Di kesempatan ini juga diri ini mengucapkan syukran jazilan yang tak terhingga buat ayahanda dan bonda tercinta, Hj. Mustaffa bin Abdullah dan Hjh. Fatimah binti A. Rahman di atas segala jasa dan pengorbanan yang begitu tinggi nilainya di dalam membesar dan mendidik anakmu ini..Salam kasih dan sayang buat adik-beradikku yang selama ini begitu setia menjadi peneman suka dan duka ku selama ini..abg yu, kak jah, abg din, kak bah dan adeq ikhwan..serta kakak dan abang iparku..kak long, abg, kak na dan abg sham..









~Bonda dan Ayahanda yang tercinta~










Tidakku lupakan juga semua guru dan pensyarahku yang begitu gigih mengajar dan mendidikku sehingga ke tahap ini bermula sesi awal pengajianku di Pasti Rusila, Sek. Keb. Rusila (SKR), Sek. Men. Agama Marang (SMAMT), Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Universiti Malaya (UM).. Jasa mereka akan kukenang hingga ke akhir hayat..doakanlah kejayaan anak didikmu ini di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..Salam rindu dan sayang buat teman-teman seperjuangan walau di mana berada..teringatku kepada sebuah nasyid oleh kumpulan Shoutul Amal, Nostalgia :
Terkenang sebuah memori lalu,
Kisah persahabatan kita bersama,
Di dalam satu pengajian,
Menuntut ilmu dan pengalaman,
Mengingatkanku pengorbananmu,
Terpahat padu di kalbuku..
Bersama rakan taulan dan guru,
Tawa riangmu menghiburkan hatiku,
Indahnya suasana ketika itu,
Terjalin UKHUWWAH SEJATI..


Semoga ukhuwwah yang terjalin ini mendapat keredhaan-Nya dan kekal hingga ke akhir hayat..Di doakan agar kalian semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya..Semoga cemerlang di dunia dan di akhirat..Bittaufiq Wannajah..Insyaallah..

Antara tempat pengajian ilmu yang menyimpan 1001 kenangan suka dan duka di dalam diari hidupku :








~Sek. Men. Agama Marang~














~Kolej Matrikulasi Pahang~
...Peneraju Kecemerlangan...

















~Universiti Malaya~
...Tradisi Kecemerlangan...

Monday, December 1, 2008

Hashaka Ya Habiballah


MyCartopia.com Click here to get one

Thursday, June 12, 2008

1001 Kenangan Di Alam Persekolahan

Bosan la pulak..tak tahu nk wat ape hari ni…dua minggu lagi dah nak blik KL..nak g jalan-jalan rase macam malas la pulak…rindunye kt Muhammad Irsyad Fahmi, my cute nephew..lambat lagi baru dapat jumpe dia..macamane dia skrg..mungkin makin comey macam mak sdare dia kot..hehe..rindunye nak dengar dia nangis..huhu..kelakar pun ade..Ingt nk jmpe Jee before g KL…tapi, ustazah tu busy lak..tak tahu sempat jumpe tak..nanti,27 Jun,Fathi pulak nak balik Kedah…selasaikan tugasnye sebagai seorang nurse…dahla Kak Yam tak balik cuti ni, dia wat short sem…Tiah pulak g KL..hujung bulan ni baru balik t'ganu..emm, ana balik kampung, dia pulak g KL..Sibah pulak tengah wat praktikal..kalau nak jumpe pun,hari jumaat or sabtu..itu pn kalau dia berani nak naik bas..opps,silap..kalau dia berani nak tekan loceng bas sebenarnye..hehe..macam-macam la kawan-kawan ana ni…tengok la, esok or luse g rumah fathi..ajak fathi jalan-jalan kat pantai…best jugak tu…dah lame sangat tak g pantai…waaaa..bestnye g pantai…
Tibe-tibe, rindu la pulak kat kawan-kawan dan cikgu-cikgu SMAMT dan KMPh…rase macam nak masuk sekolah mule je..nak pakai baju ana yang cantik berwarna hijau tu..hehe..bestnye di alam persekolahan..dahla tu,siap ada geng lagi..hihi…macam-macam..kenangan di SMAMT terutama di dalam kelas 5A, masih segar dalam ingatan..macam-macam ragam..tak ubah mcm perangai budak-budak..hihi..ingat lagi time tu kena marah, gaduh ngan kawan-kawan, cikgu terase hati ngan kiteorang (mase tu kiteorang banyak wat perangai..hehe..), cikgu tak bagi masuk kelas coz dah terlambat (lame sangat g rehat), dan macam-macam lagi..kalau cikgu tak masuk kelas mulelah cari tempat nak melepak..huhu..pastu,ramai jugak la kawan-kawan yang tido time cikgu mengajar..salah seorangnye adalah ana..ish ish..tak patut..tak patut..memang tak patut..sekarang baru ana rase malu dan menyesal ngan perangai yang entah ape-ape tu..ade satu perkara lagi yang tidak dapat ana lupakan ialah ana selalu datang lambat ke sekolah sebab terlepas bas..huhu..kadang-kadang sengaja jugak coz ana tak nak bersesak-sesak ngan student yang suka duduk atas tangga bas..entahla, apelah yang ade kat atas tangga tu sampaikan diaorang berat kaki untuk melangkah lebih maju dalam bas..pernah sekali, mase tu exam, dah lupe dah exam ape..mase ana sampai kt kelas, orang dah nak mule exam..kertas soalan dah tersedia atas meja..huh, bahaya betul..tapi, lepas tu buat lagi..tak serik agaknye..huhu.. ana pernah naik angin dalam kelas atas sebab yang takde kaitan langsung..ini semua pasal ana kena g Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)..ana memang tak nak g PLKN..entahla,cmne name ana 'bertuah' untuk terpilih,ana pun tak tahu.. malam sebelum tu, lepas balik dari tuisyen kat Pusat Tuisyen Cakna, kawan ana, samir cal, dia tanye no. i/c ana..ana pun bagitau lah..pastu, dia cakap ana dapat PLKN..sorang lagi kawan ana, hadi pun dapat jugak..ana pun dah berdebar-debar dah mase tu..ingatkan diorang hanya bergurau je..tapi, lebih kurang jam 11.10 PM, kawan ana yang sorang lagi pulak cal..name dia zuraini..dia cakap ana dapat PLKN..sebab, sebelum balik dari tuisyen, sementara tunggu ayah datang, ana sempat pinjam handphone dia dan hantar msj untuk check samaada ana terpilih untuk menyertai PLKN atau tak..so,dah terang lagi bersuluh la yang ana kena g PLKN..ape lagi, menangis la ana..huhu..surat tawaran pertama yang sampai pun dah koyak ana kerjakan..hihi..nak balas dendam la konon..tapi,pergi jugak..kawan-kawan ana terutamanye yang lelaki sibuk duk perli dan takutkan ana..macam-macam la yang diaorang kata..saje je nak tengok ana naik angin..tulah, glamour jugak citer ana nk g PLKN di kalangan cikgu-cikgu,kawan-kawan dan adik-adik junior..hehe..malunye...walaupun kiteorang ni macam-macam perangai yang ade, tp takde la sampai langgar peraturan..kiteorang ni budak-budak baik..cuma,nakal je cikit..huhu..
Tapi,betul lah ape yang orang cakap..zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan penuh dengan suka dan duka..mase tulah,semua barlumba-lumba untuk cari ilmu dan menjadi yang terbaik…kalu time exam,kelas ana iaitu kelas 5A asyik kena marah aje..hihi..sebabnye,banyak sangat strategi…hehe..faham-faham jelah..lepas tu pulak, biasenye waktu petang, after waktu sekolah, kiteorang akan wat studygroup same-same..hampir setiap hari..kadang-kadang jumlahnye mencecah 15 orang..itulah semangat yang ada dalam diri masing-masing to get the best result in SPM..paling best waktu tu, ana yang jadi cikgu..hehe..ana memang suke jadi cikgu..bukan ape..kalau dapat ajar kawan-kawan,ana akan lebih faham dan ingat ape yang ana ajar tu..biasenye ana akan ajar kawan-kawan bagi subjek math dan add math.. Alhamdulillah, Allah anugerahkan ana keupayaan menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan..walaupun tak lah sehebat orang lain..ana memang minat bab-bab nombor ni..tapi,yang ana sedang usahakan sekarang adalah untuk memaksimumkan keupayaan menggunakan otak kanan..sebenarnye ana tak minat sangat subjek sejarah dan yang melibatkan hafal..sebab tulah ana nak balance kan dalam penggunaan otak kiri dan kanan..
Okay, kembali kepada cerita tadi, ana seronok sangat belajar mase tu..kalau tak faham, cikgu dan kawan-kawan sedia membantu.. kalau dapat result exam, masing-masing sibuk bertanye markah masing-masing..bukan ape, sebagai pendorong semangat untuk lebih berusaha pada mase akan datang..itu lah serba-sedikit perihal di zaman persekolahan..sebenarnye banyak lagi yang hendak diceritakan..tapi,dah tak larat dah nak menaip ni..1001 kenangan suka dan duka di zaman persekolahan tidak mungkin akan ana lupakan...Alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM ana telah melayakkan ana untuk menyambung perjuangan dalam misi memburu ilmu dan pengalaman di Kolej Matrikulasi Pahang di hutan Gambang..walaupun dalam hutan, suasananya aman damai dan mententeramkan..
Wa akhiran, salam perjuangan buat kawan-kawan ana walau di mana anda berada dan dalam ape jua bidang yang diceburi..Di harapkan ukhuwwah yang telah terbina ini akan kekal forever..Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah..InsyaAllah..