I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 28, 2008

Bermulanya Semester 2, Sesi 2008/2009..

Tak sampai dua hari lagi,ana akan kembali ke kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan untuk menambah ilmu di dada.. Pejam celik, pejam celik..tak sedar yang ana akan melangkah ke semester 4.. Rasa macam baru je daftar jadi pelajar baru jurusan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.. Rasa macam baru semalam ana menghabiskan sesi haluan siswa di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.. Cepat benar masa berjalan.. Masa yang berlalu tak akan kembali lagi..

Kini, hati ini merasa sedih untuk meninggalkan kampung halamanku.. Begitu tenang rasanye bila menghirup udara segar di kampung.. tetapi, diri ini pasrah.. pengorbanan perlu dilakukan demi mengejar segulung ijazah.. InsyaAllah.. "Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini.. Berikan lah ketenangan jiwa kepadaku..jadikanlah diri ini seorang hamba yang bersyukur atas segala nikmat-Mu.. Janganlah Kau pesongkan hati ini, supaya niatku untuk mencari ilmu adalah kerana-Mu semata-mata.. Jauhkan lah aku dari sikap alpa dan leka dengan nikmat dunia.. Jadikanlah aku insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..InsyaAllah.."

Perjalananku masih jauh..terlalu banyak onak dan duri yang perlu kutempuh..diiringi keyakinan terhadap rahmat dan pertolongan dari Allah serta doa dan harapan kedua ibu bapa, InsyaAllah..
akan ku teruskan jua usaha demi sebuah perjuangan..Islam pasti gemilang!!!..

Semoga dengan bermulanya semester baru ini, akan membuatkan diri ana lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk membina azam baru dan merealisasikannya menjadi kenyataan.. InsyaAllah..Buat teman-teman seperjuangan walau di mana anda berada, teruskan usaha anda dan bertawakkal lah kepada Allah..

2 comments:

cerana said...

selamat mendaftar semester baru 2008/2009..belajar rajin2..

Cahaya Kesyukuran said...

Syukran Jazilan..InsyaAllah...