I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 28, 2008

Bermulanya Semester 2, Sesi 2008/2009..

Tak sampai dua hari lagi,ana akan kembali ke kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan untuk menambah ilmu di dada.. Pejam celik, pejam celik..tak sedar yang ana akan melangkah ke semester 4.. Rasa macam baru je daftar jadi pelajar baru jurusan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.. Rasa macam baru semalam ana menghabiskan sesi haluan siswa di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.. Cepat benar masa berjalan.. Masa yang berlalu tak akan kembali lagi..

Kini, hati ini merasa sedih untuk meninggalkan kampung halamanku.. Begitu tenang rasanye bila menghirup udara segar di kampung.. tetapi, diri ini pasrah.. pengorbanan perlu dilakukan demi mengejar segulung ijazah.. InsyaAllah.. "Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini.. Berikan lah ketenangan jiwa kepadaku..jadikanlah diri ini seorang hamba yang bersyukur atas segala nikmat-Mu.. Janganlah Kau pesongkan hati ini, supaya niatku untuk mencari ilmu adalah kerana-Mu semata-mata.. Jauhkan lah aku dari sikap alpa dan leka dengan nikmat dunia.. Jadikanlah aku insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..InsyaAllah.."

Perjalananku masih jauh..terlalu banyak onak dan duri yang perlu kutempuh..diiringi keyakinan terhadap rahmat dan pertolongan dari Allah serta doa dan harapan kedua ibu bapa, InsyaAllah..
akan ku teruskan jua usaha demi sebuah perjuangan..Islam pasti gemilang!!!..

Semoga dengan bermulanya semester baru ini, akan membuatkan diri ana lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk membina azam baru dan merealisasikannya menjadi kenyataan.. InsyaAllah..Buat teman-teman seperjuangan walau di mana anda berada, teruskan usaha anda dan bertawakkal lah kepada Allah..

Sunday, December 7, 2008

Manisnya Iman

Rasulullah SAW bersabda:

Manisnya iman tidak akan merasuk ke dalam hati seseorang hingga dia mahu meninggalkan sebahagian ucapan kerana takut dusta, meskipun dia itu jujur; dan mahu meninggalkan sebahagian sanggahan meskipun dia itu benar.(HR Dailami)

Barangsiapa benar-benar bersabar dalam menghadapi masalah yang amat sulit, nescaya Allah akan menempatkannya di syurga Firdaus dan di dalamnya dia boleh memilih tempat di mana saja yang disukainya(HR Abu Syaikh)

Siapa yang tergiur memenuhi syahwatnya (yang haram) namun dia mampu untuk menolaknya dan lebih mengutamakan penolakannya daripada memenuhi keinginan dirinya, maka dosa-dosanya diampuni(HR Daraquthni)

Tidaklah seorang hamba mengucapkan suatu ucapan yang maksudnya hanya untuk membuat orang lain tertawa, melainkan sungguh dia telah jatuh ke dalam jurang yang ukuran dalamnya lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi; dan sungguh dia tergelincir kerana olah lisannya yang kadarnya lebih parah daripada ketergelinciran kedua kakinya(HR Kharaithi)

Diam adalah akhlaq yang terbaik, barangsiapa suka humor, tentu dia akan dihinakan(HR Dailami)

Ada enam faktor yang boleh menghapus amal kebaikan: iaitu suka memerhatikan atau membicarakan aib orang lain, hati yang keras beku (tidak mahu menerima nasihat orang lain), cinta keduniaan, kurang memiliki rasa malu, panjang angan-angan, dan senantiasa berbuat zalim (kepada orang lain)(HR Dailami)

Wednesday, December 3, 2008

Nukilan Rasa..Syukran Dan Penghargaan

Assalamualaikum WBT...

Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah SWT yang mencipta,memiliki dan mentadbir alam ini di atas limpah rahmat-Nya memberikan hamba yang lemah ini kesihatan dan kesejahteraan hidup untuk meneruskan liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini..Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang memimpin manusia ke jalan yang benar..

Di kesempatan ini juga diri ini mengucapkan syukran jazilan yang tak terhingga buat ayahanda dan bonda tercinta, Hj. Mustaffa bin Abdullah dan Hjh. Fatimah binti A. Rahman di atas segala jasa dan pengorbanan yang begitu tinggi nilainya di dalam membesar dan mendidik anakmu ini..Salam kasih dan sayang buat adik-beradikku yang selama ini begitu setia menjadi peneman suka dan duka ku selama ini..abg yu, kak jah, abg din, kak bah dan adeq ikhwan..serta kakak dan abang iparku..kak long, abg, kak na dan abg sham..









~Bonda dan Ayahanda yang tercinta~










Tidakku lupakan juga semua guru dan pensyarahku yang begitu gigih mengajar dan mendidikku sehingga ke tahap ini bermula sesi awal pengajianku di Pasti Rusila, Sek. Keb. Rusila (SKR), Sek. Men. Agama Marang (SMAMT), Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Universiti Malaya (UM).. Jasa mereka akan kukenang hingga ke akhir hayat..doakanlah kejayaan anak didikmu ini di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..Salam rindu dan sayang buat teman-teman seperjuangan walau di mana berada..teringatku kepada sebuah nasyid oleh kumpulan Shoutul Amal, Nostalgia :
Terkenang sebuah memori lalu,
Kisah persahabatan kita bersama,
Di dalam satu pengajian,
Menuntut ilmu dan pengalaman,
Mengingatkanku pengorbananmu,
Terpahat padu di kalbuku..
Bersama rakan taulan dan guru,
Tawa riangmu menghiburkan hatiku,
Indahnya suasana ketika itu,
Terjalin UKHUWWAH SEJATI..


Semoga ukhuwwah yang terjalin ini mendapat keredhaan-Nya dan kekal hingga ke akhir hayat..Di doakan agar kalian semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya..Semoga cemerlang di dunia dan di akhirat..Bittaufiq Wannajah..Insyaallah..

Antara tempat pengajian ilmu yang menyimpan 1001 kenangan suka dan duka di dalam diari hidupku :








~Sek. Men. Agama Marang~














~Kolej Matrikulasi Pahang~
...Peneraju Kecemerlangan...

















~Universiti Malaya~
...Tradisi Kecemerlangan...

Monday, December 1, 2008

Hashaka Ya Habiballah


MyCartopia.com Click here to get one