I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 11, 2010

Tiga Hari Cuti..(Muhasabah kembali)

Setelah tiga hari bercuti, nampaknya hari ini saya ke kelas semula!!!..emm,cuti weekend selama tiga hari,tidak saya gunakan dengan sebaiknya..Ya Allah,lekanya aku..sedangkan,masih banyak lagi kerja yang saya boleh buat seperti tutorial,assignment,cari assignment resources..emm,masa yang ada, terbuang begitu sahaja..last saturday,my friends and I (kak na,aimi,su and dira) went to the Masjid Jamek (MJ)..for what??..untuk beli kain nak buat baju untuk dipakai masa IBM Presentation on week 9..

Kteorg naik bas untuk ke Pasar Seni n then jalan kaki ke MJ..sampai kt Pasar Seni,ade Handphone Fair..emm,ramai jugak orang yang ada kat sana..masing2 tertarik ngan tawaran harga untuk handphone di sana..tp,tak banyak la pilihan handphone yang ada..juz certain brands..kak na tertarik ngan 1 brand handphone ni..jenis touch screen..harganya RM199..discuss kejap,n then kak na terus beli..saya tak berminat sangat nak beli handphone kat sana memandangkan handphone yang sedia ada still elok..lagi pn,saya jugak sedang berjimat..hehe.. membeli handphone untuk diri saya adalah satu kehendak (not a necessary)..lepas tu kteorg g makan kt food court..emm,harga makanan kat situ boleh tahan jugak la..mase tu dh memang tengah lapar..so,tak fikir panjang,terus beli chicken rice.. Alhamdulillah,rasa o.k ckit lepas makan..bayangkan, kul 3.30 petang baru saya breakfast..huhu..

Lepas tu kiteorg terus g MJ untuk cari kain..masa lalu kat MJ tu,hanya Tuhan Yang Tahu betapa rambang mata saya bile melihat 'macam2 ade' yang dijual disana..tapi, sabar nur..sabar..the most important is beli kain...huhu..emm,memang tersangat penat round2 sekitar MJ,dengan ramainya manusia disana yang sibuk membeli belah..banyak kedai yang kteorg masuk,tp semuanya kteorg tak berkenan..lastly,kteorg decide utk ke Nagoya Textile..emm, sampai sana,kteorg pusing2 dalam kedai untuk pilih kain yang sesuai mengikut warna pilihan kami yang telah kami decide dua hari sebelumnya..Alhamdulillah,akhirnya kami jumpa jugak kain yang sesuai..Lepas beli kain tu,on the way nak ke Stesen LRT,kteorg sempat la usha barang2 yang dijual along the road MJ tu..kiteorang sampai kolej pun dah kul 7.30 malam..mase tu,penat tak terkira..

Keesokannye,iaitu hari ahad,saya dan sumaiyah ada meeting PERMATA..penat tak penat,lepas solat subuh,tertido atas sejadah..sedar2, dah kul 9.25 pagi.."alamak,meeting start kul 9 pagi..dahla handphone xde bateri..mesti su dah banyak kali mesej or call ni.." (fikir saya dalam hati)..masa tu saya kat bilik kak na,saje tido kat bilik dia..so,setelah bersiap,saya terus balik ke bilik saya n charge bateri handphone sebab saya tak bwk charger mse g bilik kak na malam 2..emm,betul la tekaan saya,su dah msj n call saya beberapa kali sebelum tu..walaupun dah terlambat,kami pergi jugak meeting..Alhamdulillah,meeting baru sahaja bermula..

Nasihat untuk diri sendiri...
Jangan buang masa..kalau ade masa free tu,buatla tutorial or study..emm,susah kan kalau nak istiqamah dalam melakukan kebaikan..InsyaAllah,nur akan cuba do the best!!..don't give up nur!!!..

Tuesday, January 5, 2010

It is not a joke!!!

Saya tak faham kenapa ramai orang yang suka cakap ikut sedap mulut diaorang je tanpa fikir tentang perasaan orang lain???..why??..adakah kerana mereka merasa diri mereka telah sempurna??..adakah orang lain banyak kelemahan??..atau saje untuk menyakitkan hati dan perasaan orang lain??..atau untuk mencari publisiti murahan untuk mencuri perhatian orang lain dengan kata-kata berbaur ejekan??..atau hanya sebagai gurauan dan ingin menimbulkan suasana ceria??..

For me, it is not a joke!!!..saya juga seperti kalian, mempunyai hati dan perasaan..terasa malu apabila dipersendakan dalam kalangan kawan-kawan..lebih-lebih lagi semasa meeting!!!..saya memang tak faham..gembirakah hati mereka yang mempersendakan saya??... puas hati kah mereka sekiranya saya berkecil hati??...saya tidak pernah mengungkit atas apa jasa saya, atas apa pengorbanan saya..tapi, saya cuma mahu mereka faham, saya cuma mahu mereka mengerti perasaan saya..kesabaran saya ada batasnya..Saya hanyalah seorang hamba Allah yang serba kekurangan..

Jagalah pertuturan kerana "Terlajak perahu boleh diundur kembali..terlajak kata buruk padahnya"..fahamilah perasaan orang lain sekiranya kita mahu orang lain memahami perasaan kita..

Nur,sabarlah..Allah sentiasa bersama nur..Biar hina di sisi manusia, jangan hina di sisi Allah..

Cuti Semester (Seminggu di Kuantan)

Masa cuti semester baru-baru ni, saya dan adik ikhwan telah pergi ke rumah kak bah di Kuantan, Pahang.. almaklum lah, kebosanan akan melanda dalam jiwa saya sekiranya hanya menghabiskan cuti semester selama lebih kurang sebulan lebih di kampung.. saya bertolak dari Marang, Terengganu pada jam 10 pagi (19 Disember 2009) dengan menaiki bas Sani Ekspress..emm, excited jugak adik ikhwan bile dapat naik bas dua tingkat...huhu..saya tiba di Terminal Bas Kuantan agak lambat, lebih kurang pukul 3 petang..entahla, bas tu berhenti kt R&R di Chendor lama sangat kot..sampai je di Terminal Bas Kuantan, memori bersama kawan-kawan yang sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi Pahang lebih kurang 3 tahun yang lalu kembali menerjah ruang fikiran saya..pelbagai perasaan mengganggu fikiran saya waktu itu..perasaan gembira,sedih dan rindu saling bertukar tempat dalam jiwa saya..

Setelah lebih kurang 10 minit menunggu, kak bah sekeluarga sampai di Terminal untuk mengambil saya dan adik..masuk aje dalam kereta,saya terus mengambil anak saudara saya (Nur Aqilah) dari pegangan kak bah..emm, rindu sangat kat aqilah..dah lama saya tak jumpa dia..dia makin comel..masa mula-mula saya pegang dia, dia asyik pandang saya je..tak berkelip pulak tu...mungkin dah lama tak tengok saya, sebab tu dia rasa saya ni macam 'orang asing'... huhu..eeeiiii,geramnya saya tengok dia yang comel dan putih tu..

Abg ipar saya (abg sham) membawa kami ke East Coast Mall (ECM).. emm,saya dan adik dapat makan free..hehe..abg sham belanja kami makan di Chicken Rice Shop..bestnye..Alhamdulillah, kenyang..lepas tu kami jalan-jalan dan pusing-pusing di sekitar ECM.. saya tak beli ape-ape pun sebab tak tahu nak beli ape..huhu..lepas tu, kami terus pulang ke rumah kak bah..

Bestnya saya dapat layan kerenah aqilah yang semakin aktif..dia suka sangat guling-guling dan pegang kaki dia..terhibur saya dengan gelagat dia..yang paling saya suka tentang dia ialah dia baik dan suka ketawa!!!..bila saya cakap-cakap dengan dia, dia mesti tersenyum lebar..waaa, makin comel..hehe..malam tu saya menolong kak bah memasak kuew tiaw goreng sebagai juadah makan malam..

Keesokannya....hah, kami ada rancangan besar!!!..hihi..jom pi Bukit Gambang Water Park!!.. pagi tu kami sarapan dengan nasi goreng yang disediakan oleh kak bah sebelum bertolak ke Gambang.. kena la isi perut dulu kan..sebabnya???..di sana tidak dibenarkan untuk membawa makanan.. kami bertolak lebih kurang jam 9.40 pagi..semasa dalam perjalanan, saya sempat melihat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) yang telah lama saya tinggalkan..banyaknya kenangan saya bersama kawan-kawan dan pensyarah di sana..kami sampai di sana pada jam 10.15 pagi.. Alhamdulillah,cuaca elok di sana..walaupun kami sampai awal (apa yang kami fikir), namun lebih ramai yang sampai lebih awal dari kami!!!..

Selepas simpan semua barang dalam locker, kami pun enjoy la..hehe..tapi,tak termasuk kak bah, sebab kak bah kena jaga aqilah..kannn...macam-macam aktiviti yang kami buat di sana!!..yang paling tak boleh dilupakan ialah "papan gelongsor,kepala di bawah,kaki di atas" (tak tahu nama sebenarnya ape)..mula-mulanya saya tak nak join abg sham dan adik main gelongsor tu,tapi bile fikir balik, macam rugi lak kalau sekadar tengok je...huhu..so, saya pun join la diaorang..huh, memang dahsyat la gelongsor tu..pucat lesi saya dibuatnya..sampai terbatuk-batuk dan nak termuntah..saya dah berjanji dengan diri saya sendiri bahawa itulah kali terakhir saya main gelongsor tu..dah tak sanggup untuk rasa perasaan gerun,takut,meremang bulu roma masa meluncur kat atas gelongsor tu...Ya Allah,rasa macam saya sedang terjatuh dari bangunan 8 tingkat!!..bayangkan,kepala dulu yang gelongsor,baru diikuti badan..dahla gelongsor tu sangat tinggi!!!..huh,nasib baik tak terpelanting..hah, satu lagi, masa mula-mula turun dari papan gelongsor tu, kami turun bersama (waktu dan kedudukan yang sama)..tapi, bile dah sampai bawah, saya di depan, abg sham di tengah, dan adik di belakang..hahaha..kenapa ek??..nak tahu jawapannya,teka la sendiri...hihi..

Kesian kat kak bah sebab tak boleh sertai kami kerana pegang aqilah..tapi,kak bah sempat jugak main air sikit-sikit..ramai jugak saya tengok pak cik dan mak cik yang datang..mungkin anan-anak mereka yang ajak kot..Kami makan roti dengan sosej sebelum pulang..masa kami tengah makan,tiba-tiba hujan turun..mula-mula tak la lebat sangat..tapi makin lama makin lebat..so, kami buat keputusan untuk pulang memandangkan waktu tu sudah pukul 2 petang dan kami belum solat..aqilah lak asyik menangis (mungkin nak tido atau sejuk sebab hujan).. sebelum pulang, kami sempat singgah di kedai cenderamata untuk beli sesuatu sebagai kenangan.. saya dan adik beli key-chain berbentuk ikan (abg sham belanja..hehe)..lepas tu kami bertolak pulang..dalam pukul 2.45 kami sampai di Kuantan..kami sangat penat tetapi yang penting, satu pengalaman yang best di Bukit Gambang Water Park!!..

Pada hari isnin dan seterusnya ,saya dan adik tinggal berdua di rumah kak bah, aqilah kat rumah pengasuh (sebelah rumah je)..emm,nampaknya adik sedikit bosan kerana kalau kat kampung, dari pagi sampai petang dia akan bermain dengan kawan-kawan dia..kalau kt Kuantan,dia hanya duduk di depan TV..huhu..hari isnin dan selasa, abg sham pi kursus kat Putrajaya..hari rabu (malam), kami pi rumah kak mihah (sepupu saya)..takde la jauh sangat kot...kat rumah kak mihah, kami makan-makan dan sembang-sembang...emm, aqilah lak dah pandai asyik nak suruh dukung dia..saya dan adik bergilir-gilir dukung dia..biasa la,baby kalau dia tengok macam ramai je kat rumah dia,dia nak manja-manja la,nak suruh dukung je..kalau letak atas tilam je,mesti dia nangis..tapi dia masih lagi budak yang baik..=)

Lastly, pada hari khamis (petang), saya, adik dan kak bah sekeluarga pulang ke kampung di Marang Terengganu..Dalam pukul 10 malam, kami sampai di rumah bonda dan ayahanda tercinta..saya menghabiskan masa yang masih ada selama dua hari lagi sebelum berangkat ke KL dengan sebaik-baiknya..(rindu kat mak, ayah dan kampung halaman)

Terima kasih yang tak terhingga buat mak dan ayah yang selama ini sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk saya agar tabah berusaha demi menggenggam segulung ijazah..terima kasih jugak buat adik-beradik serta ipar saya yang selama ini banyak membantu saya dari segi sokongan, kewangan dan lain-lain..i love you all so much..salam sayang dan rindu buat keluarga saya...doakan saya di sini..

Friday, July 17, 2009

HARI YANG MENYEDIHKAN..

Entahla apa yang bermain di dalam fikiranku ini..pagi td mimpi buruk..seram sejuk dibuatnye..banyak betul masalah sekarang ni...kawan2?..emmm..malas nak fikir..sekarang ni dah x tahu nak buat ape..pening,tension,sakit hati...semua ada..time2 mcm ni la rindu ku kt mak, ayah dan kampung halaman semakin membuak2..nak balik kampung!!!...
"Tuhan,usah bebankan kami dengan bebanan yang berat,seperti yang telah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami..Tuhan usah pikulkan kami yang tidak kami terdaya,maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa2,rahmatilah kami.. "
Esok ade Kem Induksi PERMATA kt Tasik Perdana..semoga hari esok menjadi lebih baik dari hari ini..=)

Thursday, July 9, 2009

HEPY BESDAY TO ADEQ IKHWAN !!!

Sebenarnya besday adik dh lepas dh..tanggal 4 JULAI 1999,lahirla seorang bayi lelaki di Hospital Besar Kuala Terengganu..Muhammad Ikhwan bin Mustaffa..satu2nya adik yang sy ada di dunia dan di akhirat..









Muhammad Ikhwan bin Mustaffa


Sempena ulang tahun kelahiran adik yang ke-10,mak sy buat besday party for him..ajak kawan2 sekampung adik..ape lagi,bertungkus lumus la kteorg di rumah to prepare everything,nasib baik besday party tu lepas asar..tp,kteorg wt kecik2 je,kesian tgk adik sbb dr thn lepas dia nk wt besday party..menu hari tu adalah bihun goreng tom yam, agar-agar sirap, air sirap dan cenderahati utk budak2 yang dtg..ramai jugak yg datang..lbh kurang 17 org..lepas tu kteorg makan kek besday warna hijau..sy asyik sibuk ambik gambar n video..at least, ade la gambar2 utk dibuat kenangan tu..Alhamdulillah,sy sempat dan mampu hadiahkan something for my youngest brother..supaya dia hepy dan sebagai pendorong semangat dia utk belajar,mcm yg sy belajar Business Ethic 2,to get some rewards and to avoid punishment..hehe..bangga En. Zul klau dia dgr ni..hihi..sy hadiahkan sepasang kasut sempena besday dia..I bought this present a week before his besday..senyum lebar dia bile buka hadiah tu,boleh pakai mase raye sbb kasut tu besar sedikit..hehe..sy x sempat nak beli pembalut hadiah, so guna je newspaper Sinar Harian sebagai pembalut..hihihi..kitar semula..malu la pulak...tp,yang bestnye sy sertakan sekali dgn kad besday yg sy buat sendiri..cantik !!!..hihi..byk la kata2 semangat yg sy tulis kat dlm tu,smga dia lebih bersemangat !!..

"Hepy besday to you, makan ubi kayu, hepy besday to adikku, semoga ceria selalu.."

Inilah lirik lagu besday yang sy tulis kat dalam kad tu...hak cipta terpelihara tau !!!...selain hadiah dari sy,dia pn dpt jugak hadiah dari kak na & kawan2 dia (jimie, daniel & wahida)..semoga adik menjadi hamba yang taat kpd Allah, anak yang soleh, adik yang baik & pelajar yg cemerlang..InsyaAllah..Kak nur cyg adik Ikhwan !!!..














KEMBALI KE ALAM KAMPUS !!!!!!!!!

Rasenye dh terlalu lame x ber'blog' ni..huhu..x tahu la knp..mungkin busy,malas,tension dan macam2 la..dah setengah tahun saya biarkan blog ni sunyi sepi sampai bersawang,bak kata kak faiz..emmm,cmne ni??..xde mood study lagi ni?..emm,almaklum la dua bulan cuti,duk umah relax2,tido dan makan..kihkihkih..dh xde keje lain agaknya...xpe2,next week datangla mood nak study tu..huhuhu..sekarang ni tengah pening sebab x dpt duk kolej..x tahu la di mana silapku sehingga namaku tidak di'list'kan sebagai penghuni kolej 9 !!!!!!!...nanti nak kena wat surat rayuan dan hantar ke semua kolej di seluruh universiti di Malaysia mahupun di luar negara..biar puas hati..hihihihihi..harap-harap dapat la ek..InsyaAllah..sekarang ni tgh menumpang secara illegal di bilik kak na,fariha n raidah..barang2 kt umah kak bah pn x ambik lg..kalau ambik pn,x tahu nak letak kt mane,takkan nak memenuhkan setiap ruang di bilik yg sentiase penuh ini..so the best way,tumpang kan dulu barang2 di rumah sewa kak bah yang lama (AZ) sementara saya bertungkus lumus nak merayu2 utk stay kolej ni..ye ke?..huhu..sem ni daftar 18 jam krdt,tp ingt nak wat permohonan mintak lebih jam krdt la..nak ambik speaking..byk bende lg x settle ni..harap-harap di permudahkan segala urusan sy nanti..InsyaAllah..for this sem,you must do better than last sem !!!..chayok2!!,u can prove it..

Sunday, February 1, 2009

Malasnye nak jawab tag... ( apakah???)

Assamualaikum..

Apakah salah ana sehinggakan ana dikehendaki menjawab tag di kala mood malas sedang melanda diri ini...huhu..terima kasih buat abg ipar ana (abg sham..or dgn nama glamournye 'ayahanda' di kalangan anak2 buah...) sebab bagi ana PELUANG untuk jwb tag yang ana pun tgh pening2 lalat lagi nak jawab apa...hihi...mungkin sebab raksasa dh lama tak turun ke bumi,so ultraman jadi bosan dan untuk menghilangkan kebosanannye, dia bagi tag kt ana..hehe..jgn marah ye..emm,so mengikut Blogging Act 2002 (bak kata abg sham la),ana terpaksa merelakan diri menjawab tag ini..

Ini lah serba sedikit jawapannye..

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits, or goals about you.

Facts:

1. Ana dilahirkan dalam bulan Oktober 1988..muda lg..hehe..masa tu,kalau tak silap ana hari jumaat..
2.Lahir di Marang, Terengganu..bersekolah di Marang jugak...ana ni anak jati Marang..Pastu,g PLKN kt Kem Karisma,Kuala Pilah,Negeri Sembilan..Lps dapat result,dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dalam jurusan Perakaunan..n then skrg kt Universiti Malaya (Pentadbiran Perniagaan)..Alhamdulillah..

3. Budak comey..haha...


4. Tulis guna tangan kanan..makan pun guna tangan kanan...

5. Single or blm berkahwin..nak belajar dulu..;-)

Habits:

1. Kalau terkejut or ada barang jatuh..maka akan terkeluar dari mulut ana ni perkataan 'Allahu Akbar'..kadang2..'mak'..nak kata melatah tak jugak..hehe..
Alhamdulillah..setakat ni belum keluar la perkatan yang pelik2...


2. Bising time study (cakap sorang2..nak explain kat diri sendiri la katakan)..setiap kali ana study,ana akan selang seli dengan nasyid..tak tahu kenapa..kadang2,campur2...kejap UNIC,kejap Mestica,kejap Hijjaz,kejap In-team dll..lepas nasyid,ana akan sambung study..dan begitulah seterunya..study,nasyid,study,nasyid..sampai ana habis study..(mintak maaf banyak2 kt rumate sebab time study,mulut tak leh diam..)

Goals:

1. Nak jadi hamba Allah yang bertakwa, anak yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga..


2. Get the better PNG for this sem..Hopefully i'll try to get 3.0 and above..

3. Nak jumpe cikgu2 dan kawan2...dah lame sangat tak jumpe...

4. Nak beli broadband..(Malu jgk,asyik pinjam yang abg ipar punye je...hehe..)
Tapi,bukannye guna pun..kalau guna,mase balik kampung jelah..kt kolej dah di upgade kn wireless..hehe..( Abg sham jgn jeles..hihi..)

5. Dapatkan lesen kereta (sape la nak sponsor..)

6. Nak dapat kerja best2 after graduate..

7. Nak mengerjakan umrah dah haji di tanah suci semasa usia muda...doa2kan lah..

8. Menggunakan wang pinjaman secara cermat dan berhemat..

9. Rahsia..hehe..

Itulah serba sedikit jawapan yang dapat ana berikan untuk menjawab soalan tag..nasib baik wireless dah di upgrade kan..almaklum la,guna yang free je..nak beli broadband tak mampu..huhu..so,terpaksa bersabarla kalau kadang2 'network' terputus..;-) kann...

Sunday, December 28, 2008

Bermulanya Semester 2, Sesi 2008/2009..

Tak sampai dua hari lagi,ana akan kembali ke kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan untuk menambah ilmu di dada.. Pejam celik, pejam celik..tak sedar yang ana akan melangkah ke semester 4.. Rasa macam baru je daftar jadi pelajar baru jurusan Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.. Rasa macam baru semalam ana menghabiskan sesi haluan siswa di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.. Cepat benar masa berjalan.. Masa yang berlalu tak akan kembali lagi..

Kini, hati ini merasa sedih untuk meninggalkan kampung halamanku.. Begitu tenang rasanye bila menghirup udara segar di kampung.. tetapi, diri ini pasrah.. pengorbanan perlu dilakukan demi mengejar segulung ijazah.. InsyaAllah.. "Ya Allah,bantulah hamba-Mu ini.. Berikan lah ketenangan jiwa kepadaku..jadikanlah diri ini seorang hamba yang bersyukur atas segala nikmat-Mu.. Janganlah Kau pesongkan hati ini, supaya niatku untuk mencari ilmu adalah kerana-Mu semata-mata.. Jauhkan lah aku dari sikap alpa dan leka dengan nikmat dunia.. Jadikanlah aku insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..InsyaAllah.."

Perjalananku masih jauh..terlalu banyak onak dan duri yang perlu kutempuh..diiringi keyakinan terhadap rahmat dan pertolongan dari Allah serta doa dan harapan kedua ibu bapa, InsyaAllah..
akan ku teruskan jua usaha demi sebuah perjuangan..Islam pasti gemilang!!!..

Semoga dengan bermulanya semester baru ini, akan membuatkan diri ana lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk membina azam baru dan merealisasikannya menjadi kenyataan.. InsyaAllah..Buat teman-teman seperjuangan walau di mana anda berada, teruskan usaha anda dan bertawakkal lah kepada Allah..

Sunday, December 7, 2008

Manisnya Iman

Rasulullah SAW bersabda:

Manisnya iman tidak akan merasuk ke dalam hati seseorang hingga dia mahu meninggalkan sebahagian ucapan kerana takut dusta, meskipun dia itu jujur; dan mahu meninggalkan sebahagian sanggahan meskipun dia itu benar.(HR Dailami)

Barangsiapa benar-benar bersabar dalam menghadapi masalah yang amat sulit, nescaya Allah akan menempatkannya di syurga Firdaus dan di dalamnya dia boleh memilih tempat di mana saja yang disukainya(HR Abu Syaikh)

Siapa yang tergiur memenuhi syahwatnya (yang haram) namun dia mampu untuk menolaknya dan lebih mengutamakan penolakannya daripada memenuhi keinginan dirinya, maka dosa-dosanya diampuni(HR Daraquthni)

Tidaklah seorang hamba mengucapkan suatu ucapan yang maksudnya hanya untuk membuat orang lain tertawa, melainkan sungguh dia telah jatuh ke dalam jurang yang ukuran dalamnya lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi; dan sungguh dia tergelincir kerana olah lisannya yang kadarnya lebih parah daripada ketergelinciran kedua kakinya(HR Kharaithi)

Diam adalah akhlaq yang terbaik, barangsiapa suka humor, tentu dia akan dihinakan(HR Dailami)

Ada enam faktor yang boleh menghapus amal kebaikan: iaitu suka memerhatikan atau membicarakan aib orang lain, hati yang keras beku (tidak mahu menerima nasihat orang lain), cinta keduniaan, kurang memiliki rasa malu, panjang angan-angan, dan senantiasa berbuat zalim (kepada orang lain)(HR Dailami)

Wednesday, December 3, 2008

Nukilan Rasa..Syukran Dan Penghargaan

Assalamualaikum WBT...

Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah SWT yang mencipta,memiliki dan mentadbir alam ini di atas limpah rahmat-Nya memberikan hamba yang lemah ini kesihatan dan kesejahteraan hidup untuk meneruskan liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini..Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang memimpin manusia ke jalan yang benar..

Di kesempatan ini juga diri ini mengucapkan syukran jazilan yang tak terhingga buat ayahanda dan bonda tercinta, Hj. Mustaffa bin Abdullah dan Hjh. Fatimah binti A. Rahman di atas segala jasa dan pengorbanan yang begitu tinggi nilainya di dalam membesar dan mendidik anakmu ini..Salam kasih dan sayang buat adik-beradikku yang selama ini begitu setia menjadi peneman suka dan duka ku selama ini..abg yu, kak jah, abg din, kak bah dan adeq ikhwan..serta kakak dan abang iparku..kak long, abg, kak na dan abg sham..









~Bonda dan Ayahanda yang tercinta~










Tidakku lupakan juga semua guru dan pensyarahku yang begitu gigih mengajar dan mendidikku sehingga ke tahap ini bermula sesi awal pengajianku di Pasti Rusila, Sek. Keb. Rusila (SKR), Sek. Men. Agama Marang (SMAMT), Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dan Universiti Malaya (UM).. Jasa mereka akan kukenang hingga ke akhir hayat..doakanlah kejayaan anak didikmu ini di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..Salam rindu dan sayang buat teman-teman seperjuangan walau di mana berada..teringatku kepada sebuah nasyid oleh kumpulan Shoutul Amal, Nostalgia :
Terkenang sebuah memori lalu,
Kisah persahabatan kita bersama,
Di dalam satu pengajian,
Menuntut ilmu dan pengalaman,
Mengingatkanku pengorbananmu,
Terpahat padu di kalbuku..
Bersama rakan taulan dan guru,
Tawa riangmu menghiburkan hatiku,
Indahnya suasana ketika itu,
Terjalin UKHUWWAH SEJATI..


Semoga ukhuwwah yang terjalin ini mendapat keredhaan-Nya dan kekal hingga ke akhir hayat..Di doakan agar kalian semua berada di dalam rahmat dan kasih sayang-Nya..Semoga cemerlang di dunia dan di akhirat..Bittaufiq Wannajah..Insyaallah..

Antara tempat pengajian ilmu yang menyimpan 1001 kenangan suka dan duka di dalam diari hidupku :








~Sek. Men. Agama Marang~














~Kolej Matrikulasi Pahang~
...Peneraju Kecemerlangan...

















~Universiti Malaya~
...Tradisi Kecemerlangan...

Monday, December 1, 2008

Hashaka Ya Habiballah


MyCartopia.com Click here to get one

Thursday, June 12, 2008

1001 Kenangan Di Alam Persekolahan

Bosan la pulak..tak tahu nk wat ape hari ni…dua minggu lagi dah nak blik KL..nak g jalan-jalan rase macam malas la pulak…rindunye kt Muhammad Irsyad Fahmi, my cute nephew..lambat lagi baru dapat jumpe dia..macamane dia skrg..mungkin makin comey macam mak sdare dia kot..hehe..rindunye nak dengar dia nangis..huhu..kelakar pun ade..Ingt nk jmpe Jee before g KL…tapi, ustazah tu busy lak..tak tahu sempat jumpe tak..nanti,27 Jun,Fathi pulak nak balik Kedah…selasaikan tugasnye sebagai seorang nurse…dahla Kak Yam tak balik cuti ni, dia wat short sem…Tiah pulak g KL..hujung bulan ni baru balik t'ganu..emm, ana balik kampung, dia pulak g KL..Sibah pulak tengah wat praktikal..kalau nak jumpe pun,hari jumaat or sabtu..itu pn kalau dia berani nak naik bas..opps,silap..kalau dia berani nak tekan loceng bas sebenarnye..hehe..macam-macam la kawan-kawan ana ni…tengok la, esok or luse g rumah fathi..ajak fathi jalan-jalan kat pantai…best jugak tu…dah lame sangat tak g pantai…waaaa..bestnye g pantai…
Tibe-tibe, rindu la pulak kat kawan-kawan dan cikgu-cikgu SMAMT dan KMPh…rase macam nak masuk sekolah mule je..nak pakai baju ana yang cantik berwarna hijau tu..hehe..bestnye di alam persekolahan..dahla tu,siap ada geng lagi..hihi…macam-macam..kenangan di SMAMT terutama di dalam kelas 5A, masih segar dalam ingatan..macam-macam ragam..tak ubah mcm perangai budak-budak..hihi..ingat lagi time tu kena marah, gaduh ngan kawan-kawan, cikgu terase hati ngan kiteorang (mase tu kiteorang banyak wat perangai..hehe..), cikgu tak bagi masuk kelas coz dah terlambat (lame sangat g rehat), dan macam-macam lagi..kalau cikgu tak masuk kelas mulelah cari tempat nak melepak..huhu..pastu,ramai jugak la kawan-kawan yang tido time cikgu mengajar..salah seorangnye adalah ana..ish ish..tak patut..tak patut..memang tak patut..sekarang baru ana rase malu dan menyesal ngan perangai yang entah ape-ape tu..ade satu perkara lagi yang tidak dapat ana lupakan ialah ana selalu datang lambat ke sekolah sebab terlepas bas..huhu..kadang-kadang sengaja jugak coz ana tak nak bersesak-sesak ngan student yang suka duduk atas tangga bas..entahla, apelah yang ade kat atas tangga tu sampaikan diaorang berat kaki untuk melangkah lebih maju dalam bas..pernah sekali, mase tu exam, dah lupe dah exam ape..mase ana sampai kt kelas, orang dah nak mule exam..kertas soalan dah tersedia atas meja..huh, bahaya betul..tapi, lepas tu buat lagi..tak serik agaknye..huhu.. ana pernah naik angin dalam kelas atas sebab yang takde kaitan langsung..ini semua pasal ana kena g Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)..ana memang tak nak g PLKN..entahla,cmne name ana 'bertuah' untuk terpilih,ana pun tak tahu.. malam sebelum tu, lepas balik dari tuisyen kat Pusat Tuisyen Cakna, kawan ana, samir cal, dia tanye no. i/c ana..ana pun bagitau lah..pastu, dia cakap ana dapat PLKN..sorang lagi kawan ana, hadi pun dapat jugak..ana pun dah berdebar-debar dah mase tu..ingatkan diorang hanya bergurau je..tapi, lebih kurang jam 11.10 PM, kawan ana yang sorang lagi pulak cal..name dia zuraini..dia cakap ana dapat PLKN..sebab, sebelum balik dari tuisyen, sementara tunggu ayah datang, ana sempat pinjam handphone dia dan hantar msj untuk check samaada ana terpilih untuk menyertai PLKN atau tak..so,dah terang lagi bersuluh la yang ana kena g PLKN..ape lagi, menangis la ana..huhu..surat tawaran pertama yang sampai pun dah koyak ana kerjakan..hihi..nak balas dendam la konon..tapi,pergi jugak..kawan-kawan ana terutamanye yang lelaki sibuk duk perli dan takutkan ana..macam-macam la yang diaorang kata..saje je nak tengok ana naik angin..tulah, glamour jugak citer ana nk g PLKN di kalangan cikgu-cikgu,kawan-kawan dan adik-adik junior..hehe..malunye...walaupun kiteorang ni macam-macam perangai yang ade, tp takde la sampai langgar peraturan..kiteorang ni budak-budak baik..cuma,nakal je cikit..huhu..
Tapi,betul lah ape yang orang cakap..zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan penuh dengan suka dan duka..mase tulah,semua barlumba-lumba untuk cari ilmu dan menjadi yang terbaik…kalu time exam,kelas ana iaitu kelas 5A asyik kena marah aje..hihi..sebabnye,banyak sangat strategi…hehe..faham-faham jelah..lepas tu pulak, biasenye waktu petang, after waktu sekolah, kiteorang akan wat studygroup same-same..hampir setiap hari..kadang-kadang jumlahnye mencecah 15 orang..itulah semangat yang ada dalam diri masing-masing to get the best result in SPM..paling best waktu tu, ana yang jadi cikgu..hehe..ana memang suke jadi cikgu..bukan ape..kalau dapat ajar kawan-kawan,ana akan lebih faham dan ingat ape yang ana ajar tu..biasenye ana akan ajar kawan-kawan bagi subjek math dan add math.. Alhamdulillah, Allah anugerahkan ana keupayaan menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan..walaupun tak lah sehebat orang lain..ana memang minat bab-bab nombor ni..tapi,yang ana sedang usahakan sekarang adalah untuk memaksimumkan keupayaan menggunakan otak kanan..sebenarnye ana tak minat sangat subjek sejarah dan yang melibatkan hafal..sebab tulah ana nak balance kan dalam penggunaan otak kiri dan kanan..
Okay, kembali kepada cerita tadi, ana seronok sangat belajar mase tu..kalau tak faham, cikgu dan kawan-kawan sedia membantu.. kalau dapat result exam, masing-masing sibuk bertanye markah masing-masing..bukan ape, sebagai pendorong semangat untuk lebih berusaha pada mase akan datang..itu lah serba-sedikit perihal di zaman persekolahan..sebenarnye banyak lagi yang hendak diceritakan..tapi,dah tak larat dah nak menaip ni..1001 kenangan suka dan duka di zaman persekolahan tidak mungkin akan ana lupakan...Alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM ana telah melayakkan ana untuk menyambung perjuangan dalam misi memburu ilmu dan pengalaman di Kolej Matrikulasi Pahang di hutan Gambang..walaupun dalam hutan, suasananya aman damai dan mententeramkan..
Wa akhiran, salam perjuangan buat kawan-kawan ana walau di mana anda berada dan dalam ape jua bidang yang diceburi..Di harapkan ukhuwwah yang telah terbina ini akan kekal forever..Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah..InsyaAllah..